Bravo
Charlie 5 adalah sebuah filem perang bercorak patriotic kenegaraan tentang 5 anggota Komando Tentera Darat di bawah pimpinan Lt Hassan yang menjalankan operasi mengekang dan menghapuskan pengganas komunis pada tahun 1989. Ketika melaksanakan penjejakan, mereka telah terputus hubungan akibat set radio semboyan yang rosak ditembak oleh musuh. Akibat tiada rangkaian komunikasi, mereka terpaksa mencari altenatif mengekang kemaraan musuh dengan kekuatan anggota seramai 5 orang sedangkan musuh yang akan dihadapi oleh mereka adalah seramai 200 orang. Mereka menggunakan pendekatan sabotaj dan membunuh secara senyap. Akibat kerana banyak pertempuran juga disebabkan kumpulan mereka kecil, mereka terpaksa berusaha dengan pelbagai cara menggunakan kecekapan serta kemahiran masing-masing. Karim merupakan satu-satunya yang Berjaya keluar dari hutan dan yang lainnya mati akibat pertempuran dan ada yang mati ketika di tawan. Karim membawa semua tanda nama atau disc pengenalan serta barangan wasiat yang dipesan oleh rakan-rakan seperjuangan untuk diserah kepada waris masing-masing. Kerana keyakinan dan semangat yang tinggi, akhirnya kemaraan gerila komunis ke kawasan tengah Semenanjung Malaysia dapat ditewaskan oleh kecekapan mereka.
There are no reviews yet.