Jodoh Syaitan ialah filem komedi seram Malaysia 2020 arahan Ismail Bob Hashim dengan skrip oleh Epy Kodiang. dibintangi oleh Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarool Haji Yusoff dan Fauziah Nawi.[1][2] Filem ini merupakan filem kedua terbitan Da Motion Media selepas M4M4 dan dikeluarkan pada 5 Mac 2020. Ia merupakan filem terakhir lakonan Abam Bocey yang meninggal dunia sebulan sebelum dikeluarkan dan ia ditujukan khas dalam ingatannya.
M4M4 (disebut MAMA) ialah sebuah filem ngeri jenayah psikologi Malaysia 2020 arahan Eyra Rahman dengan skrip oleh Faten Syamimie. Ia mengisahkan dua beranak iaitu Alya dan ibunya, Aini hidup tenteram di rumah kecil mereka, namun apabila mereka diganggu tiga lelaki, pelbagai tragedi menimpa. Filem ini ditayangkan pada 6 Februari 2020.