Memoir Seorang Guru
Sunan adalah seorang guru yang tidak menyukai karier perguruannya. Dia hanya bertugas untuk menerima gaji bulan dan melangsaikan hutangnya di bank setelah kematian isterinya.
Dia ditugaskan ke sebuah sekolah di pedalaman, jauh dari bandar besar. Dimana para penduduknya diuliti kemiskinan dan sedikit sebanyak memberi kesan pada anak-anak mereka yang masih bersekolah dan tidak mengerti erti kehidupan.
Waktu demi waktu, Cikgu Sunan mula menghayati erti seorang pendidik apabila secara peribadi dia mendekati kehidupan mereka.
Bermula dengan menyelami perspektif dunia dari sisi kehidupan Alias yang bekerja menyara keluarga setelah bapanya lumpuh akibat kemalangan semasa mengait kelapa.
Dia juga mula rapat dengan Mihad yang sentiasa menghabiskan masa menerokai alam. Akan tetapi disitulah terjadinya satu peristiwa yang menyebabkan Sunan terus dibelenggu rasa bersalah.
There are no reviews yet.