Filem

Filters
Showing all 2 results
Blok 404
2018
Blok 404 merupakan filem seram Malaysia 2018 arahan Azma Aizal Yusoof terbitan DBI Entertainment yang diketuai oleh Boy Iman.[1] Ia merupakan pembikinan semula daripada telefilem dengan judul sama arahan Silver Chung lakonan Zamarul Hisham dan Nabila Huda yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 2004 hingga mengangkat barisan pelakon asalnya ke puncak populariti dalam bidang lakonan. Filem ini dibintangi oleh Nur Risteena, Nadia Brian, Amar Asyraf, dan Aedy Ashraf serta barisan pelakon asal termasuk Zamarul Hisham, Boy Iman, Raja Azrey dan Fasha Sandha. Filem ini ditayangkan pada 28 Jun 2018.
Blok 404
Hijabista Ballet
2017
Mengisahkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Adele Shakiri. Luaran Adele jauh dari bangsanya. Namanya tidak menggambarkan Melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian balletnya bertentangan dengan pakaian bangsanya tetapi hatinya ingin dekat kepada bangsa dan agama. Adele, remaja perempuan memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke akademi balle ternama di Rusia tetapi kemudian tiba-tiba membuat keputusan untuk berhijab. Ibunya tak boleh nak larang, tapi hatinya remuk, patah, harapannya hancur bagai kaca yang berderai. Adele mendapat tentangan hebat apabila dia mahu menyatukan hijab dalam dunia balet. Dia hilang kawan, rakan selatihan menolak, keluarga berantakan. Dunia ballet menolaknya jauh, agamawan mendesaknya, ekstrimis mengancam mencederakannya. Oleh itu, dia telah membawa diri ke Perth, Australia namun tentangan yang dihadapinya lebih besar berbanding di negara sendiri.
Hijabista Ballet
Share

Movies
Tv Shows
Videos
Search