Library

Filters
Showing 11–17 of 17 results
Wangi
2019
Wangi merupakan filem hantu psikologi Malaysia 2019. Ia mengisahkan seorang wanita yang selepas bersalin, mulai merasa tertekan di rumahnya kerana perkara luar biasa semakin berlaku pada rumah dan anaknya, semuanya selepas kawannya Bella yang tinggal bersama dia hilang.
Wangi
Adiwiraku
Mengisahkan seorang guru Bahasa Inggeris yang tinggal di ibu kota mengambil keputusan mengajar di sekolah luar bandar. Dia berhadapan dengan masalah keciciran, kemiskinan dan pergaduhan di kalangan murid-muridnya. Cabaran utamanya menubuhkan satu pasukan Choral Speaking di sebuah sekolah yang penguasaan Bahasa Inggeris murid-muridnya amat lemah. Walau bagaimana pun dia berjaya meletakkan sekolahnya di antara yang terbaik dalam pertandingan tersebut dan kemenangan itu menjadikan murid yang menyertai berjaya menjadi adiwira yang berkeyakinan tinggi.
Adiwiraku
Balun
Mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman sebelum itu.
Balun
Hijabista Ballet
2017
Mengisahkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Adele Shakiri. Luaran Adele jauh dari bangsanya. Namanya tidak menggambarkan Melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian balletnya bertentangan dengan pakaian bangsanya tetapi hatinya ingin dekat kepada bangsa dan agama. Adele, remaja perempuan memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke akademi balle ternama di Rusia tetapi kemudian tiba-tiba membuat keputusan untuk berhijab. Ibunya tak boleh nak larang, tapi hatinya remuk, patah, harapannya hancur bagai kaca yang berderai. Adele mendapat tentangan hebat apabila dia mahu menyatukan hijab dalam dunia balet. Dia hilang kawan, rakan selatihan menolak, keluarga berantakan. Dunia ballet menolaknya jauh, agamawan mendesaknya, ekstrimis mengancam mencederakannya. Oleh itu, dia telah membawa diri ke Perth, Australia namun tentangan yang dihadapinya lebih besar berbanding di negara sendiri.
Hijabista Ballet
Bravo
2015
Charlie 5 adalah sebuah filem perang bercorak patriotic kenegaraan tentang 5 anggota Komando Tentera Darat di bawah pimpinan Lt Hassan yang menjalankan operasi mengekang dan menghapuskan pengganas komunis pada tahun 1989. Ketika melaksanakan penjejakan, mereka telah terputus hubungan akibat set radio semboyan yang rosak ditembak oleh musuh. Akibat tiada rangkaian komunikasi, mereka terpaksa mencari altenatif mengekang kemaraan musuh dengan kekuatan anggota seramai 5 orang sedangkan musuh yang akan dihadapi oleh mereka adalah seramai 200 orang. Mereka menggunakan pendekatan sabotaj dan membunuh secara senyap. Akibat kerana banyak pertempuran juga disebabkan kumpulan mereka kecil, mereka terpaksa berusaha dengan pelbagai cara menggunakan kecekapan serta kemahiran masing-masing. Karim merupakan satu-satunya yang Berjaya keluar dari hutan dan yang lainnya mati akibat pertempuran dan ada yang mati ketika di tawan. Karim membawa semua tanda nama atau disc pengenalan serta barangan wasiat yang dipesan oleh rakan-rakan seperjuangan untuk diserah kepada waris masing-masing. Kerana keyakinan dan semangat yang tinggi, akhirnya kemaraan gerila komunis ke kawasan tengah Semenanjung Malaysia dapat ditewaskan oleh kecekapan mereka.
Bravo
CCTV
2015
One night, Hariri is instructed by his boss to fix a CCTV camera in an old hospital. While he is repairing the camera, he accidentally trips and falls, injuring his leg. The fall also knocks him out. When he regains consciousness, he realises that he is being treated in the old hospital, and night after night, Hariri experiences creepy and strange events in it.
CCTV
Kapsul
2015
KAPSUL merupakan sebuah penerbitan filem cereka bergenrekan fiksyen, diilhamkan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Perdana Menteri Menteri Ke-4, Yang Amat Berbahagia (YABhg.) Tun Dr. Mahathir Mohamad. Idea filem ini adalah hasil intepretasi penulis tentang bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tersebut mengenai amanat Tun Dr. Mahathir menjelang tahun 2020.
Kapsul
  • 1
  • 2
Share

Movies
Tv Shows
Videos
Search